Monday, May 10, 2010

PNAT!!!!

Akhirnya tamatlah sudah exam ku.Mmg all out dh .just usaha jer Allah yg tntukan.ak pon mmpersiapkan brg2 ku b4 blk.Yg pntg ak dpt blk ngan tenang tanpa halangan.Hbs la sudah ujian ketenteraan n ak mmbawa printer ku ke plaza Low yat utk dibaiki kerana printer ku mmberi byk manfaat kt sesape yg nk print.Byk benda dalam pmikiran ku .Byk mnde ak nk bwat.Ape pon ak blk settle brg ak bru tidoq.Tp yg bez nyer umh ak dh ade streamyx so ak pon on9 spanjang mse.hahahah..mmg best duk umh.So ak pon layan Adamaya.Byk pngajaran.Ak pon bru amik klas kete pasni nk beli kete lak...hahahah..pasni beli umh pas2 kawin...hahahah...mmg trbaik..So mak ak ckp keje btul2 jnji duit kite halal.Jgn asyk nk mnuang jer.so skadar tu jela dlu.k

Sunday, May 2, 2010

PERJUANGAN MERENTASI ARUS....


Allah tidak akan memberi kejayaan tanpa ujian.1 perkara yg kite kene fikirkan apa yg Allah beri adalah yg terbaik utk kita.Kita sbg hamba Allah harus bersyukur dengan kehendakNya.This is all life all about...Sy ingin ceritakan serba sdikit sblm sy mlangkah ke UPNM di mana UPNM mengajar sy erti dunia luar sebenarnya...sy igt lg ketika sy frm 1 bapak sy x bg msuk mrsm sbb tkut trpengaruh dgn rakan2...

Apabila nk msuk frm 2 sy nk msuk mtd wak2 tu nk try2 ja pas2 dpt lak...huhu...pas2 sy pon msuk..wak2 sy msuk ke mtd expectation sy best,sronok dll.Pas2 mak bapak sy pon blk...angkat la beg yg berat bgai nk rak...huhu...hanya Allah yg tahu prasaan sy ble 1st time msuk asrama... Ptg tu ak di briefing oleh CI 1 perkataan yg ak msh igt "Hujan itu kawan kita"hahahaha...kdg2 pikir klaka gak..tp garang sgt..asyk nk lempang owg jer...pas2 mlm pertama ak senior pggl squad ak seramai 18 owg dan ak msih igt nama sowang2 sbb kami msti hafal no. tentera,nama skuad kami dan senior...433551 putra Abdul Noor Aiman Bin Noordin.433552 Putera NurAfifi b saidin,433553 Putra Mohamad Azizi Bin Jasni,433554 Putra Mohamad Nazrin Bin Zulkafly,433555 Mohamad Danish Bin mustapa Kamal,433556 Putra Mohamad NurHadi Bin suhaimy,433559 Putra Tsaqafi bin Mohamad Nasir,433561 Isjkandar shah Bin Tahar,433562 Putra Mohamad Asyraf Bin Khairul jasni,433563 Mohamad Rafiuddin Asyraf Bin Rosdi,433564 Putra Mohamad Nur Hidayat Bin Zarkia @ Zakaria,433566Mohamad Syahmi Bin jalaludin...tujela yg sy dh lpe la....

So the next day kt takraw court nmpk senior kene "HELL"(kene hukuman)...pas2 cuak kami 1 squad...x bleh kuar blik...wak2 tu pikir family jer...wak2 tu senior jenis x de hati sgt...pas2 bermula khidupan harian pg fatigue bersihkan kwasn dan bilik mcm besa kena hukuman slagi sumer x ckup...blaja smayang sukan prep tido ...tp yg uniknya setiap hari mempunyai perbarisan yg berbeza rsm parade,suo parade,ksm parade,stand by bed dll military training ari jumaat dan sabtu..smpi bln 5 jer ak solah2 berada di awngn wak2 tu pindah blik...ak duk ngan senior plg sial skali...hahahah...ak kene ragging kau2 nya...mmg x brnafas...wak2 tu jd hamba tp byk mngajar ak...spnjg ak jd junior x pnah snyum pon...hahahaha...Pg amik mknn utk diaowg pas2 kmas blik asrama,kwsn..pas2 gi klas n thn mkn pas2 klas smpi ptg...acara bermula ak kene hell ngan senior tiap2 ptg sbb tiap2 hri ske cri salah owg....brpeluh ak,danish dan sowang lg skuad ak Chan Hwa Siang(cina) tiap2 ptg...pas2 mlm beli mknn utk diaowg mlm tido lmbt cam besa sbb senior x leh tgk junior hidup sng...

so ari sabtu ari yg plg bestla acara change parade...mcm besa 8 pakaian lak tu cam siot gak la...huhu..tukar pkain dlm 2 minit ...oooo pnat ooo...hahahaah...tp knangan kene paksa mkn sayur 1 mangkuk ats meja mkn tgh hari tiap2 hri...huhu...best gak arr jd junior...huhu...tu yg x stady tu tidoq ja keja...pas2 masuk frm3 brula kam kabut stady tp result ok gak arrr 6 A...tp wak2 frm 3 bkn kene hell dh kene pukul lak...sbb prinsip dia kalo frm2 nk bg fit kalo dh frm3,4 kene pukul lak...adoyai kene lg...smpi muntah tu...hahaha...sdh gler...nek frm 4 dpt gi xpdc ngan mmber kayak dan berbasikal 300 km lbh krg...mlm tu wat bisness urut...hahaha...sume sakit bdn...huhu...

byk nk di kongsi sbnarnya...nnti sy akn selitkn sedikit demi sedikit...tp citer ni cme ringkasan....utk dikongsi bersama....yang baik dri Allah,yang buruk tu dri dri sy sndri....ok la salam...

Saturday, May 1, 2010

BORINKNYER HANYA ALLAH YANG TAHU...

Exam lg 2 paper tp dh mcm x exam ...mkn tido tgk komputer tido...spatutnyer ak mncari kekuatan disebalik kelemahan owg len...huhu..ksenangan membuatkan ak lalai sketika krna bkn mudah ak sbg khalifah dimuka bumi ini untuk bertahan dengan ujianMu Ya Allah.Moga engkau mmberi ak kekuatan untuk memperbaiki kelemahan ku ini sebagai umat manusia.

Manusia ramai terpedaya dengan keseronokan dunia yg hanya sementara.Tidak salah untuk bersungguh-sungguh asalkan disandarkan kepada Tuhan.Ak rindukan sahabat2 ku Qayyum entah dengan matlamatnya,Faris jd cikgu kt institut perguruan johor,Farhan dgn cita2nya sbg iron man,Bazil sambung medic kt Mesir ,Fairuz amik medic kt rusia,Rashad proses ke luar negara,Aiman nk msuk USM,tp sume nya sudah berakhir dan tiba msenya utk ak blajar berdikari dan brpgg pd prinsip walaupon owg di sekeliling ak tidak sumenye mmpunyai prinsip spt ak...Segala masalah ak haruslah disandarkan kpd Allah s.w.t bknnya utk manusia semata-mata.

Disamping tu ibubapa aku yg byk mmbantu ak sjak dri kecil walaupon bapak ak yg merupakan seorang polis mninggalkan ibuku ketika pergi beroperasi selama 2 bulan settiap thun ttp ibuku x pnah mrungut mnjagaku ,mmbawaku pergi kekedai mmbeli alat dpur dan sumenyer...thankz mak...huhu...tp ak plak kdg2 mlawan ckp mreka dan pnah 1 ketika ak ckp msuk mtd lg baguih...hahahah...mak ak ckp tgkla kamu tahan ke x...wak2 tu sdh gak la pas2 ak msuk2 rmc mmg ragging must continue(RMC)..ak dilayan mcm hamba seolah-olah senior x bwat ape2...mknn dia ak amik,kasut pon ak ikatkan tali...pas2 kene starligth pki hangar... wak2 tu kuar air mata ak cz wak2 tu bdk lg form2 ma...bru ak pikir mak ak pon x wat camtu kt ak...tujuan ak luahkan kt kowang spaya boleh share pngalaman ak walaupon x de byk sgt tp brmakna...

kite kene byk blaja brsyukur bkn mudah nk dpt kluarga.family 1st and then bru yg len...tp kekadang ak terkilan ngan adk bradik ak yg kdg2 x brsyukur sgt mgkn ini adalah 1 proses dan mrk perlu blaja dri skolah kehidupan..Lastly ak msuk upnm sbb ak perlu msuk supaya adk bradik ak perlu mlihat abgnya sbg seowg yg boleh dicontohi.Walaupon ak dpt 4 A dan ini bkn matlamat ak sbnaq nya sbb bg ak nk dpt result yg bek hub ngan Allah perlu dijaga..dan hub ngan mak bapak perlu juga dijaga sbb kberkatan mnuntut ilmu tu perlu ade untuk seorang yg berjiwa mkmin.

Nnti ak akn citerkan knangan ak di MTD yg merupakan 1 tempat ak mngenal dunia ini.Lastly , kita sbg manusia perlulah bersyukur dgn apa yg kita dpt krn kata-kata Saidina Umar jadilah kamu gol minoriti kerana terlampau sedikit owg yg bersyukur....Salam

LAMA X UPDATE BLOG

Lame x update blog .Masa trasa seperti cpat berlalu.Kadang2 ak terpikir ape yg ak mahukan dalam hidup ini.Adakah Allah ataupun keredhaan manusia.Sama2 la kite renungkan .Apa yg pnting buat baik sesama manusia jgn ditinggalkan (hablumminannas).Kdg2 dunia yg mencabar menyebabkan hati terasa tidak tenang dek arus yg melanda dan hiburan yang semakin melalaikan sehingga ada ceramah yg mngatakan tidak ade cara utk masuk syurga melainkan mati syahid.Manusia yg baik ialah apabila mereka memberi manfaat pada orang lain. Jika kita lihat musuh2 islam ketawa lpd org islam sendiri kerana berjaya mempengaruhi manusia sehingga mengikut mereka ke lembah kehinaan.Contoh yg paling kecil kite dapat lihat daripada cerita 'Aladdin' dimana mereka menerapkan dalam fikiran manusia supaya tidak meminta kepada Allah sebaliknya jin .benda-benda kecil perlu kita fikirkan secara mendalam supaya kita boleh berjaga-jaga daripada musuh islam.Ayuh kawan2 kite brgerak kehadapan tegakkan islam.Semua yang kite bwat perlu berlandaskan Allah s.w.t.... Same2 la kite renungkan ringkasan article dari laman iluvislam bertujuan utk kita muhasabah dri kita insyaAllah.

Ramai manusia tertipu oleh kata hatinya sendiri selepas diputar belit pengaruh syaitan. Syaitan berbisik ke dalam hati manusia: "Allah Maha Penyayang, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu. Selepas kamu melakukan dosa kecil, mengapa Allah tidak juga menurunkan apa-apa bala ataupun azab disebabkan maksiat kamu itu? Bukankah dosa yang kamu lakukan itu ringan saja? Lepas buat bertaubatlah! Habis cerita. Jangan takut, amal baik kamu banyak lagi." Tidaklah semudah itu menanggalkan daki maksiat dalam jiwa raga kita. Jika dikiaskan maksiat seperti kotoran yang melekat pada kain, boleh dihilangkan dengan sekali cucian saja, alangkah mudahnya. Asalkan dicuci dengan taubat maka hilang serta-merta. Sedangkan kain yang selalu diberus untuk menghilang noda tidak akan bertahan lama. Pasti koyak rabak akhirnya. Inikan pula hati manusia. Jangan diremehkan dosa kecil. Semakin kerap ia dilakukan walaupun dengan diiringi taubat, ia akan merosakkan hati dan seterusnya memberi kesan kepada amal perbuatan keseluruhannya.


Apakah kesan daripada melakukan dosa kecil?

Merangsang untuk melakukan dosa besar. Jarang sekali ditemui seseorang yang tiba-tiba membunuh tanpa ada mukadimah pergaduhan atau pertelingkahan. Begitu juga orang yang berzina, pasti ada mukadimah rangsangan yang dilihat oleh matanya, ciuman atau sentuhan dalam pergaulannya.

Ibarat titisan air yang terus menerus boleh melubangi bongkah batu yang keras, maksiat dilakukan terus menerus akan memberi kesan kepada maksiat yang lebih besar lagi. Mata yang memandang gambar keji menjijikkan akan menyuruh kepada anggota badan yang lain untuk berzina. Sehingga Ibnu Abbas berpendapat: "Tidak ada dosa kecil jika terus menerus dilakukan. Kerana ia akan merangsang seseorang melakukan dosa besar." Kadang-kadang perbuatan baik yang dilakukan hamba walaupun kecil dan ringan, bagi Allah ia sungguh bermakna. Demikian juga sebaliknya, dosa yang bagi manusia sedikit tetapi cukup membuat Allah murka hingga hari kiamat. Seperti Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Adakalanya seseorang melepaskan sepatah kata daripada kata-kata yang diredai Allah yang dia tidak menyangka hal itu sedemikian rupa, tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam keredaan-Nya sehingga dia berhadapan dengan Allah dalam keadaan diredai. Demikian pula ada kalanya seseorang bercakap sepatah kata daripada kata-kata yang membuat kemurkaan Allah yang dia tidak menyangka akan sedemikian rupa tiba-tiba dicatat oleh Allah dalam kemurkaan-Nya hingga hari kiamat."
(Hadis riwayat Imam Malik dan al-Tirmizi)


Berasa aman daripada azab Allah.

Orang yang sentiasa melakukan dosa kecil beranggapan dia boleh berpegang kepada tali rahmat dan kasih sayang Allah sehingga tidak akan mungkin terjatuh ke dalam jurang kebinasaan. Tetapi sayang, dia sesungguhnya lupa terhadap sifat Allah yang Maha Adil saat membalas setiap kejahatan. Bukankah sudah datang khabar daripada wahyu yang menyatakan perbuatan yang besar atau kecil semuanya tertulis dalam kitab catatan amal manusia? Setiap pandangan yang menyimpan syahwat, kebencian atau kedengkian segalanya dirakam dengan begitu rapi. Perkataan yang mewakili fitnah, ghibah dan kekotoran zina juga tidak luput daripada pemerhatian dua malaikat pencatat amal. Firman Allah yang bermaksud:

"Dan diletakkan kitab catatan, lalu kamu akan melihat orang bersalah ketakutan terhadap apa yang tertulis di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada tertulis. Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juga pun."
(Surah al-Kahfi, ayat 49)


Tetapi mengapa manusia masih merasa aman daripada azab dan hukuman Allah? Mungkin kerana azab Allah itu tidak terus diturunkan serta-merta selepas mereka melakukan maksiat. Cuba anda bayangkan selepas melayari laman web lucah seseorang terus dijangkiti penyakit mata merah yang rasanya gatal dan pedih bukan kepalang. Pasti tidak ada seorang manusia pun berani melihat benda keji seperti itu. Ataupun selepas mengumpat, mengeji dan memfitnah orang lain tiba-tiba orang itu terkena kanser di mulutnya. Selepas puas makan harta anak yatim perutnya membuncit. Perkara ini tak pernah berlaku disebabkan kelembutan Allah kepada makhluknya. Namun demikian, masih saja mereka yang bermaksiat itu berdalih: "Mengapa Allah tidak membalas kejahatanku ini? Aku masih hidup dengan limpahan nikmat-Nya, tidak ada musibah dan seksa yang menimpa diriku." Lantas dia menyangka baik apa-apa perbuatan jahat yang dilakukannya. Padahal Allah hanya menangguhkan balasan atas kejahatannya itu untuk menguji sekebal mana imannya melawan libasan pedang maksiat. Al-Quran menggambarkan manusia yang merasa aman daripada perbuatan maksiat dalam firman Allah yang bermaksud:

"Mengapa Allah tidak menyeksa kita disebabkan apa yang kita katakan itu? Cukuplah bagi mereka Jahanam yang akan mereka masuki dan neraka itu adalah seburuk-buruk tempat kembali."
(Surah al-Mujadilah, ayat 8)



Mencemarkan jiwa dan menghilangkan rasa nikmat dalam beribadah.

Dosa kecil yang dilakukan terus menerus walaupun boleh dihapuskan dengan melakukan solat dan berpuasa seperti mana disebut dalam sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:"Sembahyang lima waktu, Jumaat hingga Jumaat dan Ramadan hingga Ramadan menjadi penghapus dosa di antaranya. Jika kamu menjauhkan dosa besar." Akan tetapi kekerapan melakukan dosa bagaimanapun akan membawa pengaruh buruk dalam keseluruhan peribadi seorang Muslim. Setiap perbuatannya yang mewakili kejahatan akan membekas di dalam jiwa. Apabila perbuatan dosa itu semakin sedap dilakukan, maka akan dicabut nikmat dari dalam hati hamba ketika bermunajat kepada Allah. Dan digantikan dengan azab yang tidak nampak. Apakah bentuk azab itu? Tahukah anda azab yang paling menyakitkan berbanding kanser, muflis, dipulaukan kawan, dijarah harta benda, dilucutkan daripada pangkat dan jawatan bahkan diaibkan di dada akhbar? Azab ini begitu berbahaya, mematikan kesucian jiwa hingga meranapkan binaan iman. Azab yang melanda hati. Iaitu apabila hati tidak merasai kemanisan berdekatan dengan Allah, apabila kenikmatan ibadat itu telah dicabut daripada rongga hati. Selagi mana seseorang itu melakukan dosa dia tidak akan merasai nikmatnya beribadah. Apakah ada kekhusyukan ibadat bagi orang yang menyimpan amarah, dengki dan cemburu kepada orang lain? Adakah terasa nikmatnya berpuasa bagi orang yang tak pernah puas melayani hawa nafsunya? Adakah berkesan ibadat zakat dan sedekah bagi mereka yang tamak kepada harta orang lain? Adakah nikmat merasai kelazatan al-Quran bagi orang yang suka membaca aib orang lain dengan begitu teliti. Semua itu adalah akhir daripada rentetan panjang sejarah dosa kecil yang dilakukan, bermula secara senyap, sedikit dan tidak nampak. Akhirnya menjadi kebiasaan, terang-terangan tanpa rasa malu dan takut. Bermula melakukan dosa kecil berakhir dengan kejahatan besar yang menjadi penyesalan buat selama-lamanya.