Saturday, June 26, 2010

BALIK

Dikala keboringan melanda aku pon layan dengar lagu adamaya bosan dhla x dapat balik .Redha jela memang wakenabeb betulla sume batalion aku dah pon nak keluar n ada orang yang dh pon kuar malangnya kene balik semula.So aku pon duk kt umah tido bangun pi renang plak.Member2 aku memang bestla banyak kenangan aku ngan diaorang.Yang penting aku kene isi masa aku ngan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat dimanfaatkan sepanjang latihan sebab pasni dah stat akademik dah.Malam ni pegi minum jap pas2 tidoq puas2.Esok aku malas mengundi walaupon dapat 50 ringgit malasla.bek tidoq.Apa2 pon hidup mau hepi.Hepi2 gak minggu depan dah stat cuti so bolehla amik lesen kereta pasni beli kereta lak.Tapi yang x besnye aku kena bawak kete balik kampung selalunya aku tido jer.tapi x pe janji mak bapak aku dapat rest.Stakat itu saja ungkapan saya untuk arini .chow

Wednesday, June 23, 2010

KEKUATAN

Orang yang paling kuat ialah orang yang berjaya menahan marah benda yang paling berat ialah amanah.Berdasarkan hal tersebut kita dituntut untuk banyak bersabar.Dan Allah berfirman mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.Solat yang khusyuk dapat mencegah daripada kemungkaran manakala sabar itu separuh daripada iman.Kekuatan manusia bukan terletak pada fizikal semata-mata tetapi hati dan mental menjadi faktor mengapa sesetengah manusia berjaya atau tidak.Manusia sentiasa lalai dengan percaturan hidupnya.Orang yang gagal merancang bermakna mereka merancang untuk gagal.Bermakna disini kita perlu kuatkan diri kita sebagai manusia dan tidak salah kita berusaha menuntut ilmu supaya kita berjaya didunia dan akhirat. lastly Kuatkan hati dan semangat dan jangan takut kepada manusia tetapi hormatlah sesama manusia.

Sunday, June 20, 2010

KETENANGAN..

Nikmat ketenangan adalah rahmat Allah yang sangat bernilai.Hal ini kerana tanpa ketenangan hidup akan menjadi serabut dan kelam kabut.Aku berfikir sejenak mengenangkan segala dosa yang aku lakukan dan muhasabah diri dan adakalanya aku cuba mengikis kesusahan dalam diriku sehinggakan aku tertidur di dalam masjid dalam keadaan duduk.Aku mencari ketenangan seorang diri dan berfikir kerana hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepadaNya.Allah tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah.Cuti 2 hari ini cukup untuk menaikkan semula semangatku untuk meneruskan latihan yang akan berakhir dalam masa 2 minggu lagi.sepanjang cuti ini aku menghabiskan masaku dengan berenang dan berehat.Minggu depan mungkin cuti 3 hari.So aku dengan gembiranya nak settlekan duit ASB aku yang terbayar 2 kali dan settlekan barang2 keperluan dan lain-lain.Serabut skit minggu ni sebab sekarang ni tunggu duit gaji jer.Hampeh btul.Itu jela stakat crita hari ini yang baik itu daripada Allah dan yang buruk tu dari diri saya sendiri.Wasalam

Saturday, June 19, 2010

UJIAN..

PETIKAN DARI ILUVISLAM.COM

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

CINTA...

Setelah sekian lama aku berfikir adakah dia yang terbaik untukku.Bagi aku jodoh ditangan Tuhan. Kita merancang Allah yang menentukan segalanya.Adakah aku bersedia untuk semua ini. Tapi aku berharap dia adalah yang terbaik untukku. Aku mencintainya kerana agamanya sekiranya hilang agamanya hilanglah cintaku kepadanya.

Tapi adakah betul dia juga mencintai aku???entahla.Apapun aku ikhlas dengan pertuturan ku ini.Apa yang penting tanggungjawab yang bakal dipikul.Dan aku harus berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat ku yang sebenar.Biarla ape orang nak cakap bagiku cukupla sekadar aku tidak menyusahkan orang lain.Namun segala persoalan harus diungkaikan.Tapi sekiranya aku berjumpa dengan pilihan ku aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala matlamatku dan aku akan jadikan ia sebagai pembakar semangatku untuk berjihad dan berusaha bersungguh-sungguh supaya aku mencapai matlamatku yang sebenar.Bagiku segala apa yang aku usahakan bermatlamat dan aku berfikiran rasional dan matang.Walaupon aku tidak pernah berjumpanya aku mencintainya kerana agamanya dan lain2 faktor.But for me make it slow.Sorila mlalut mlm2 ni.sajaja nak hilangkan bosan.Entahla tido lagi best.Wasalam.

Tuesday, June 15, 2010

MORAL...

"Kata2 jurulatih aku moral kite, kite sendiri yg kene jaga dan moral anak buah aku yang akan jaga" .Disebabkan aku bakal pemimpin so benda ni spatutnya aku perlu mencari semula diriku yang sebenar.Aku berfikir sejenak sebenarnya semua orang boleh mencapai sesuatu hakikatnya pemikiran kita yang menentukan sesuatu itu terjadi atau tidak.Ingat mak bapak dayat jangan hanyut dengan kesenangan yang ko alami sekarang ni.Walaupon sukar kerana jika kita lihat pada zaman dahulu bagaimana Qarun ditenggelamkan dengan harta.Petikan nasyid yang berbunyi" kerana harta,pangkat,wanita melalaikan jiwa tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai kerana nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi"Oleh itu bersyukurlah apa yang kita ada .Kekuatan diri bukan berdasarkan fizikal semata-mata tetapi mental turut mempengaruhi.Iman manusia turun dan naik so cubalah untuk sentiasa dekat denganNya moga2 Allah memberi yang terbaik untuk kita. So langkah seterusnya aku akan pastikan ilmu ketenteraan aku bertambah melalui pembacaan dan ulangkaji supaya aku berjaya dalam semua bidang.YaAllah ko berilah aku kekuatan untuk melakukan segalanya kerana Mu yaAllah.Ameen

Sunday, June 13, 2010

ENTAHLA..

Entahla ape la pegawai aku ni ape yang x kene pon aku x faham. Banyak benda yang dia cube buktikan tp hakikatnya kosong.Bagi aku untuk menjadi pegawai bukan mudah setiap yang berada diatas perlu merasa menjadi orang bawahan supaya mereka blajar erti kesusahan dan bagaimana mereka menghadapi masalah.Aku mengambil teladan daripada apa ang terjadi.Mungkin aku perlu tabah dan bersedia menerima kesalahan sendiri disebabkan aku sebagai pegawai tentera yang akan menerajui kepimpinan akan datang.Entahla didalam senyuman ak kadang2 orang tidak mengerti apa yang tersirat di hati dan apa yang aku fikirkan.

Ak rasa sume ini berlaku mungkin disebabkan ibadat ku x terjaga.Aku insan lemah dan ak berharap Tuhan membimbing ak ke jalan yang benar.Entahla aku pon x taw ape yang aku kejar sangat kt dunia ni ak rase cam kosong jer.X pe aku perlu mencari jalan balik supaya pegangan aku sekuat dahulu.Dan aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya mengatasi sume cabaran dan dugaan dan aku dpat berbakti pada ibu dan bapaku...Sekian

HUTAN

Hidup sebagai seorang tentera bukan mudah tp hakikatnya banyak yang dipelajari.Kesusahan mematangkan kita dan ini membuatkan kita berbeza dengan orang di luar sana.Pada isnin yang lepas aku dan intake aku pergi menjalani latihan di kenaboi dan kem konkoi.Kami menjalani latihan selama 3 hari.Banyak yang kami pelajari taktik dan perapungan.Walaupon digigit nyamuk dan sbgnya kami tetap cekal dan tabah menghadapi kesejukan dan gigitan serangga.This is military fun. Rindu lak nk bukak fb.Balik jer dari konkoi ak trus on9.Besela bru balik.Malam tu aku makan sume makanan yang ade kt kafe .

Nikmatnya tidak terhingga sampai menjilat ibu jari kaki...hahaha...Sewaktu aku berada di Konkoi aku membayangkan bagaimanalah komunis dahulu boleh survive dalam tempoh yang lama dan bagaimana askar kita mengawal keadaan.Hakikatnya sukar kerana mereka mempertaruhkan nyawa mereka demi negara dn bangsa.Adakah aku layak untuk mempertahan kan negara daripada ancaman musuh.Tepuk dada tanya iman.Banyak pengalamn yang aku pelajari walupon di MTD ak turut didedahkan dengan latihan yang sama cuma berbeza dari segi pengangkutan dimana eksesais aku di MTD melibatkan penggunaan keretaapi manakala di UPNM hanya lori 3 tan.Cuma kadang2 terlupa dan x igt ape yang dipelajari dahulu.Secara keseluruhannya eksesais harimau jempol ni banyak memberi aku kekuatan dan persediaan yang perlu sebelum ak memasuki unit dan kemungkinan besar askar melayu.Tiga kali teriakan gempur ASKAR MELAYU!! GEMPUR!!!!

TEKANAN..

Tekanan yang melanda sebenarnya mematangkan kita daripada sudut perspektif saya.Tapi hakikatnya ppandangan setiap manusia berlainan.Apabila kita perkatakan tentang tekanan sebenarnya sedikit sebanyak mengajar kita untuk mengawal emosi dan berfikir ape yg baik dan buruk.Ciri-ciri pemimpin yang berjaya apabila dia berjaya menghadapi tekanan dengan baik.Hidupku sebagai seorang tentera mungkin sudah menjadi kebiasaan walaupon ak merasakan hidup diluar sana adalah lebih bagus daripada di dalam kerana hakikatnya banyak yang boleh dipelajari diluar sana.

Ak mengambil keputusan untuk masuk UPNM atas dasar aku merupakan anak sulung yg seharusnya menjadi contoh kepada adik beradikku .Apabila aku mempunyai sesuatu yang boleh aku tunjukkan dan aku berharap adik beradikku dapat menjadikan aku sebagai contoh dan ikutan walaupon ak bukanlah seorang yang perfect.Setelah aku meninggalkan MTD ak berharap yang aku akan menyambung pelajaranku diluar negara disebabkan aku confident dengan aku punye result.Antara faktor yang aku confident dengan result aku disebabkan result trial ak 7 a.So aku pon pergi ke sekolah aku untuk mengambil result aku dengan yakin.Malangnya bukan rezeki aku so dpt 4 a jerrrr.

Ape2 pon aku bersyukur sbb aku banyak belajar dari kehidupan Banyak jgak slap aku sebelum amik result aku melawan cakap bapak ak yang terkenal dengan kegarangannya...hehehe...So aku pon bersedia untuk menghadapi cabaran aku di UPNM dan aku x akan menyerah kalah dan pandang kebelakang.Aku buat ni sume kerana Allah dan ibu bapaku.Entahla apela yang akan berlaku pada masa akan datang sediakah ak untuk berjihad di medan perang ???Tepuk dada tana iman...Walaupon iman di dada semakin berkurang aku berharap Allah tetapkan imanku dan bimbing ak ke jalan yang diredhai...Amin

Saturday, June 12, 2010

KEPIMPINAN

Aku mempelajari hari demi hari ape itu erti kehidupan yg sebenar.Kadang2 ak memperhatikan gelagat manusia disekelilingku. Dan aku berfikir sejenak apakah itu erti kepimpinan yang sebenar???kepimpinan itu berubah ikut persekitaran dan pemikiran seseorang danperkara tersebut boleh saya kategorikan sebagai ikut situasi.So apabila difikirkan kepimpinan yg tidak akan berubah ialah saya boleh katakan kepimpinan mengikut apa yg Al-Quraan telah tetapkan dan berpandukan hadis rasullullah saw.

Apabila kita bercakap soal kepimpinan itu sendiri kepimpinan boleh diakatakan proses mempengaruhi dan apabila soal mempengaruhi saya katakan daripada segi interaction dan behaviour seseorang.Seorang pemimpin harus jadi contoh tauladan .Pemimpin yang baik ialah apabila dia menyuruh orang melakukan dengan rela.Dan ble ckp mengenai kehidupan sy boleh katakan perlunya keseimbangan dimana kite kene ikhlas dengan apa yang kite lakukan kerana apa yg kita buat ialah berlandaskan Alquraan dan sunnah.

1 prinsip yang perlu kite pegang jgn mimpi nk pimpin orang lain sedangkan kite tidak dapat memimpin diri sendiri. Apabila berlaku kepincangan kite mesti pegang 1 prinsip "ak tidak akan tunduk pada tekanan".Tanggung jawab mesti dilakukan dengan amanah dan igtlah kepada Allah la kamu berharap.Untuk berjaya didunia dan akhirat 3 perkara yang kita perlu kawal iaitu harta , pangkat dan wanita kerana ia mungkin akan melemahkan jiwa.1st impression amat penting dan dan setiap kepimpinan pasti ada masalah dan bersykurlah krn setiap ujian pasti ada hikmahnya.Dan ingatlah selagi kitebepegang pada Al-Quran dan sunnah asti kite akan berjaya.InsyaAllah...