Saturday, June 26, 2010

BALIK

Dikala keboringan melanda aku pon layan dengar lagu adamaya bosan dhla x dapat balik .Redha jela memang wakenabeb betulla sume batalion aku dah pon nak keluar n ada orang yang dh pon kuar malangnya kene balik semula.So aku pon duk kt umah tido bangun pi renang plak.Member2 aku memang bestla banyak kenangan aku ngan diaorang.Yang penting aku kene isi masa aku ngan aktiviti yang menyeronokkan yang dapat dimanfaatkan sepanjang latihan sebab pasni dah stat akademik dah.Malam ni pegi minum jap pas2 tidoq puas2.Esok aku malas mengundi walaupon dapat 50 ringgit malasla.bek tidoq.Apa2 pon hidup mau hepi.Hepi2 gak minggu depan dah stat cuti so bolehla amik lesen kereta pasni beli kereta lak.Tapi yang x besnye aku kena bawak kete balik kampung selalunya aku tido jer.tapi x pe janji mak bapak aku dapat rest.Stakat itu saja ungkapan saya untuk arini .chow

Wednesday, June 23, 2010

KEKUATAN

Orang yang paling kuat ialah orang yang berjaya menahan marah benda yang paling berat ialah amanah.Berdasarkan hal tersebut kita dituntut untuk banyak bersabar.Dan Allah berfirman mohonlah pertolongan Allah dengan sabar dan solat.Solat yang khusyuk dapat mencegah daripada kemungkaran manakala sabar itu separuh daripada iman.Kekuatan manusia bukan terletak pada fizikal semata-mata tetapi hati dan mental menjadi faktor mengapa sesetengah manusia berjaya atau tidak.Manusia sentiasa lalai dengan percaturan hidupnya.Orang yang gagal merancang bermakna mereka merancang untuk gagal.Bermakna disini kita perlu kuatkan diri kita sebagai manusia dan tidak salah kita berusaha menuntut ilmu supaya kita berjaya didunia dan akhirat. lastly Kuatkan hati dan semangat dan jangan takut kepada manusia tetapi hormatlah sesama manusia.

Sunday, June 20, 2010

KETENANGAN..

Nikmat ketenangan adalah rahmat Allah yang sangat bernilai.Hal ini kerana tanpa ketenangan hidup akan menjadi serabut dan kelam kabut.Aku berfikir sejenak mengenangkan segala dosa yang aku lakukan dan muhasabah diri dan adakalanya aku cuba mengikis kesusahan dalam diriku sehinggakan aku tertidur di dalam masjid dalam keadaan duduk.Aku mencari ketenangan seorang diri dan berfikir kerana hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepadaNya.Allah tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah.Cuti 2 hari ini cukup untuk menaikkan semula semangatku untuk meneruskan latihan yang akan berakhir dalam masa 2 minggu lagi.sepanjang cuti ini aku menghabiskan masaku dengan berenang dan berehat.Minggu depan mungkin cuti 3 hari.So aku dengan gembiranya nak settlekan duit ASB aku yang terbayar 2 kali dan settlekan barang2 keperluan dan lain-lain.Serabut skit minggu ni sebab sekarang ni tunggu duit gaji jer.Hampeh btul.Itu jela stakat crita hari ini yang baik itu daripada Allah dan yang buruk tu dari diri saya sendiri.Wasalam

Saturday, June 19, 2010

UJIAN..

PETIKAN DARI ILUVISLAM.COM

Ya Allah, dunia yang Engkau hamparkan ini indah, tetapi durinya sering menusuk. Nikmat yang Kau berikan takkan dapat untukku menghitungnya. Tetapi ya Allah, hambaMu ini sering alpa dan lena dek buaian mimpi yang tak sudah. Ya Allah, ujian yang Engkau berikan terasa begitu memeritkan, kadangkala ianya menguji kesabaran dan keimananku yang terkadang nipis, senipis kulit bawang. Ya Allah, jika ini ujian yang pantas untukku lalui, bantulah aku. Agar aku tidak tersasar dari jalanMu. Agar aku bisa bersyukur dengan ujianMu ini ya Allah.

Buat insan yang diuji, bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama kamu. Percayalah, Allah mendengar segala tangisan dan kesedihanmu itu. Ingatlah ujian Allah ini bukan satu penyiksaan, tetapi hakikatnya engkaulah insan yang terpilih. Engkaulah insan yang layak menerima rahmat dan keredhaanNya, sekiranya engkau sabar dan redha. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 214:



Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan hartabenda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada ugama Allah).


Terimalah takdir yang telah ditetapkan Allah untukmu wahai insan. Terimalah dengan hati yang terbuka, berlapang dadalah kamu dengan segala ketentuanNya. Kerana pasti akan ada kemanisan disebalik kepahitan yang engkau rasai.Wahai insan yang diuji, jangan sekali engkau merasa keseorangan. Sungguh, Allah sentiasa bersamamu. Setiap derita yang engkau lalui itu sering diiringi rahmat ujianNya, maka bersabarlah dan tabahlah. Firman Allah dalam surah Al-Furqan, ayat 20:

CINTA...

Setelah sekian lama aku berfikir adakah dia yang terbaik untukku.Bagi aku jodoh ditangan Tuhan. Kita merancang Allah yang menentukan segalanya.Adakah aku bersedia untuk semua ini. Tapi aku berharap dia adalah yang terbaik untukku. Aku mencintainya kerana agamanya sekiranya hilang agamanya hilanglah cintaku kepadanya.

Tapi adakah betul dia juga mencintai aku???entahla.Apapun aku ikhlas dengan pertuturan ku ini.Apa yang penting tanggungjawab yang bakal dipikul.Dan aku harus berusaha bersungguh-sungguh mencapai matlamat ku yang sebenar.Biarla ape orang nak cakap bagiku cukupla sekadar aku tidak menyusahkan orang lain.Namun segala persoalan harus diungkaikan.Tapi sekiranya aku berjumpa dengan pilihan ku aku akan berusaha bersungguh-sungguh mencapai segala matlamatku dan aku akan jadikan ia sebagai pembakar semangatku untuk berjihad dan berusaha bersungguh-sungguh supaya aku mencapai matlamatku yang sebenar.Bagiku segala apa yang aku usahakan bermatlamat dan aku berfikiran rasional dan matang.Walaupon aku tidak pernah berjumpanya aku mencintainya kerana agamanya dan lain2 faktor.But for me make it slow.Sorila mlalut mlm2 ni.sajaja nak hilangkan bosan.Entahla tido lagi best.Wasalam.

Tuesday, June 15, 2010

MORAL...

"Kata2 jurulatih aku moral kite, kite sendiri yg kene jaga dan moral anak buah aku yang akan jaga" .Disebabkan aku bakal pemimpin so benda ni spatutnya aku perlu mencari semula diriku yang sebenar.Aku berfikir sejenak sebenarnya semua orang boleh mencapai sesuatu hakikatnya pemikiran kita yang menentukan sesuatu itu terjadi atau tidak.Ingat mak bapak dayat jangan hanyut dengan kesenangan yang ko alami sekarang ni.Walaupon sukar kerana jika kita lihat pada zaman dahulu bagaimana Qarun ditenggelamkan dengan harta.Petikan nasyid yang berbunyi" kerana harta,pangkat,wanita melalaikan jiwa tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai kerana nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi"Oleh itu bersyukurlah apa yang kita ada .Kekuatan diri bukan berdasarkan fizikal semata-mata tetapi mental turut mempengaruhi.Iman manusia turun dan naik so cubalah untuk sentiasa dekat denganNya moga2 Allah memberi yang terbaik untuk kita. So langkah seterusnya aku akan pastikan ilmu ketenteraan aku bertambah melalui pembacaan dan ulangkaji supaya aku berjaya dalam semua bidang.YaAllah ko berilah aku kekuatan untuk melakukan segalanya kerana Mu yaAllah.Ameen

Sunday, June 13, 2010

ENTAHLA..

Entahla ape la pegawai aku ni ape yang x kene pon aku x faham. Banyak benda yang dia cube buktikan tp hakikatnya kosong.Bagi aku untuk menjadi pegawai bukan mudah setiap yang berada diatas perlu merasa menjadi orang bawahan supaya mereka blajar erti kesusahan dan bagaimana mereka menghadapi masalah.Aku mengambil teladan daripada apa ang terjadi.Mungkin aku perlu tabah dan bersedia menerima kesalahan sendiri disebabkan aku sebagai pegawai tentera yang akan menerajui kepimpinan akan datang.Entahla didalam senyuman ak kadang2 orang tidak mengerti apa yang tersirat di hati dan apa yang aku fikirkan.

Ak rasa sume ini berlaku mungkin disebabkan ibadat ku x terjaga.Aku insan lemah dan ak berharap Tuhan membimbing ak ke jalan yang benar.Entahla aku pon x taw ape yang aku kejar sangat kt dunia ni ak rase cam kosong jer.X pe aku perlu mencari jalan balik supaya pegangan aku sekuat dahulu.Dan aku berharap suatu hari nanti aku akan berjaya mengatasi sume cabaran dan dugaan dan aku dpat berbakti pada ibu dan bapaku...Sekian