Sunday, June 20, 2010

KETENANGAN..

Nikmat ketenangan adalah rahmat Allah yang sangat bernilai.Hal ini kerana tanpa ketenangan hidup akan menjadi serabut dan kelam kabut.Aku berfikir sejenak mengenangkan segala dosa yang aku lakukan dan muhasabah diri dan adakalanya aku cuba mengikis kesusahan dalam diriku sehinggakan aku tertidur di dalam masjid dalam keadaan duduk.Aku mencari ketenangan seorang diri dan berfikir kerana hidup ini hanya sementara dan kita akan kembali kepadaNya.Allah tidak memerlukan kita tetapi kita yang memerlukan Allah.Cuti 2 hari ini cukup untuk menaikkan semula semangatku untuk meneruskan latihan yang akan berakhir dalam masa 2 minggu lagi.sepanjang cuti ini aku menghabiskan masaku dengan berenang dan berehat.Minggu depan mungkin cuti 3 hari.So aku dengan gembiranya nak settlekan duit ASB aku yang terbayar 2 kali dan settlekan barang2 keperluan dan lain-lain.Serabut skit minggu ni sebab sekarang ni tunggu duit gaji jer.Hampeh btul.Itu jela stakat crita hari ini yang baik itu daripada Allah dan yang buruk tu dari diri saya sendiri.Wasalam

No comments: